>
 photo hk_zps8a08df79.jpg photo cats_zps5ec51379.jpg

Sunday 17 February 2013

♥ :: keistimewaan wanita ♥♥ ~

Kali nie nak kongsi-kongsi keistimewaan wanita yang maybe korang tak tahu.. kalau da tahu, shhhhhh senyap-senyap je taw :-P article nie hada jumpa dalam majalah.. rasa tertarik pulak nak share dalam blog nie, so hada pun updates laa.. hee xD


Dunia adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita solehah..

Setiap wanita mesti ada nie :
  ~ PMR
Pemaaf, Mentaati perintah Allah, Redha & rendah diri
~ SPM
Solehah, Penyabar, Mencintai ilmu
~ STPM
Setia, Tetap pendirian, Menghormati orang lain
~ DIPLOMA
Disiplin, Ikhlas, Pandai apa-apa, Organize, Memahami, amanah
~ IJAZAH
Iniasiatif, Jujur, Ambil tahu, Zuhud, Akalnya matang, Husnu dzan
~ SARJANA
Sabar, Amarahnya kurang, Realistik, Janji ditepati, Akhlaknya baik, Nakal(dengan suaminya kot), Agamawan(faham asas-asas agama)
~ PHD
Pemurah, Hasanah(baik), Dididik & mendidik

Keistimewaan wanita dalam islam :~

Dialog diantara seorang lelaki barat kepada seorang lelaki muslim..

Lelaki barat : Mengapa wanita agama kamu menutup aurat?

Lelaki muslim : Tersenyum sambil mengeluarkan 2 biji gula-gula dari dalam koceknya. Lalu salah satu darinya dibukakan bungkusannya. Kemudian dia melempar kedua gula-gula itu ke atas lantai. Lalu bertanya kepada lelaki barat tadi, 'antara kedua-duanya, mana satu yang akan kamu pilih?'.

Lelaki barat : Sudah tentulah yang masih dalam bungkusan.

Lelaki muslim : Begitulah kami melihat dan mengh0rmati kaum wanita agar mereka lebih terpelihara dan istimewa..



Cantiknya wanita kerana kejernihan wajah.. Manisnya wanita kerana senyumannya yang indah.. Agungnya wanita kerana kesederhanaan lahiriah.. Hebatnya wanita kerana keimanan dan ketaqwaan yang teguh.. Hiasi lah peribadimu dengan akhlak terpuji.. Nilai diri se0rang muslimah sejati.. :)

Lembut wanita kerana senyumannya..
Cekal wanita kerana beraninya..
Patuh wanita kerana kesetiaannya..
Sabar wanita kerana imannya..
Kasih wanita kerana belaiannya..
Lemah wanita kerana air matanya..
Ikhlas wanita kerana simpatinya..
Pendam wanita kerana cemburunya..
Sayang wanita kerana sifat keibuannya..
Tanpa wanita lelaki menjadi lemah..
Kerana wanita jugalah lelaki menjadi kalah..


Moga-moga kita semua dilindungi oleh rahmatNya.. Insyaallah :)

1 comment: