>
 photo hk_zps8a08df79.jpg photo cats_zps5ec51379.jpg

Sunday 9 June 2013

♡ Jangan bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita ♡

Fuh fuh fuhhhh.. *tiup habuk.. Alahaiii.. Da lame sangat tak aktif berblog.. Bila dah takder idea nak updates ape kat blog nie, terus blog nie dianak tirikan.. hihix -,-" but n0w, i'm back.. Pukul 4.28am, tetibe idea datang tuk updates s0mething kat sini.. Haa.. this time nak updates pasal ceramah yang Hada dengar when se0rang hamba Allah nie p0st pasal ceramah nie dekat wall faceb0ok dia :')

Tak tahu kenape tetibe tergerak hati nak dengar pasal ceramah nie, l0ok like macam ceramah nie dapat muhasabah diri, then Hada tekan and start t0 listening.. :)

Kat sini Hada k0ngsikan petikan dari ceramah yang bertajuk 'Mencari Sakinah" dari Dr. Mohd Asri Zainal Abidin :)

Apabila kita asyik duduk termenung memikirkan nasib diri di sini... 
Merenung jauh mereka disana hidup penuh keseronokan dan kegembiraan..
Namun, kita masih tak sedar tentang hakikat erti kebahagiaan yang sebenar-benarnya..

Ramai 0rang yang tersalah sangka tentang maksud ketenangan dalam hidupnya.. Selalu 0rang mengaitkan ketenangan itu dengan faktor harta, dengan faktor kekayaan.. Walaupun itu boleh menjadi penyumbang, tetapi itu bukan segala-galanya..

Betapa ramai 0rang yang berada dalam rumah yang besar, tidur di atas katil yang empuk, tetapi dia tidak lebih lena ataupun lenanya tidak nyenyak.. Bahkan ada orang yang tidur di p0nd0k buruk, kadang-kadang dia lebih lena berbanding kita..

Ada 0rang yang berada dihadapan hidangan yang hebat, lauk pauk yang bagus, tetapi lidahnya tidak enak.. lebih enak lagi orang yang makan kadang-kadang dengan satu dua mata lauk, tetapi dia lebih sedap dan selesa makannya..

Kata Hamka, lihatlah bagaimana Allah membahagi-bahagikan nikmat.. Semua orang sangka kalau orang itu ada rumah besar, ada makanan yang sedap, tentulah hidup dia bahagia dan tenang.. belum tentu !!

TIADA SIAPA MAMPU MENGHALANG KETETAPAN ALLAH SWT

Jika Allah hendak memberikan kebahagiaan kepada sese0rang, dia tidak boleh ditahan 0leh apa-apa tangan sekalipun.. Jika Allah menghalang kebahagiaan kepada sese0rang, dia tidak boleh dihulur oleh apa-apa tangan sekalipun.. Jika Allah uruskan urusan kita, dan Allah tidak serahkan diri kita kepada kita, walaupun sekelip mata dunia boleh berbuat apa-apa tetapi mereka tidak boleh mencabar kebesaran Allah..  Jika Allah mengatur untuk kita apa yang 0rang sangka tewas, kita akan melihat kemenangan dari sisi Allah.. Apa yang 0rang rase rugi, Allah akan memberikan keuntungan yang mana jalan-jalan manusia tak sangka tetapi Allah boleh mewujudkan keajaiban dalam kehidupan..

APABILA KITA ASYIK MENGELUH SETIAP KALI DITIMPA MUSIBAH

Tengoklah dunia ini, kadang-kadang manusia hilang satu benda ini daripada dunia, macam dia hilang segala-galanya.. Berapa banyak dalam hidup kita telah melalui keperitan hidup? Cuba ingat ! Ketika kita dilanda keperitan, kita rasa kita tidak dapat keluar daripadanya.. Tapi hari nie Allah telah keluarkan kita dari keperitan hidup dalam keadaan baik.. Ketika kita ditimpa musibah tertentu, kita kata "habislah aku kali nie." Tapi usia kita makin berjalan.. Kita masih lagi hidup dan makan dan menikmati kurniaan kehidupan ini.. Ketika kita kata, "Ya Allah, tolonglah aku, aku susah Ya Allah." Hari nie kita pun lupa akan perkataan tu.. Dan kita pun kadang-kadang lupa untuk bersyukur diatas pelbagai ranjang hidup yang telah Allah keluarkan kita daripadanya..

PENGALAMAN SERING MEMATANGKAN KITA

Siapa yang tidak melaluinya tidak akan memahami maksudnya.. 0rang-orang yang pernah hidup dan bertawakal dia akan mengetahui tentang keajaiban bertawakal.. Bila hati insan sebulat-bulatnya kepada Ya Rabbi.. Ya Allah, aku serahkan urusan ini kepadaMu Ya Allah..

KITA SERING LUPA KITA MASIH PUNYA KEHIDUPAN DIAKHIRAT

Apabila insan melihat dunia daripada dimensi akhirat, dia akan merasakan dunia ini sangat kecil, kehidupan ini sangat luas.. Nabi sebut didalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, Allah bawa pada hari akhirat manusia yang paling derita didunia nie, Allah ambil dia dan Allah masukkan dia ke dalam syurga.. Dia dimasukkan dan dicelup ke dalam syurga, kemudian dia dikeluarkan.. Lalu ditanya, "Wahai fulan, adakah kau pernah merasa derita didalam hidup?" Dia menjawab, "tak, aku tak pernah merasa derita dalam hidup ini." Hanya kerana masuk sekelip mata didalam syurga, lupa segala derita.. Allah ambil manusia yang paling nikmat didalam dunia nie.. Segala yang nikmat Allah masukkan dia ke dalam neraka dan celupkan dia ke dalam neraka, lalu dikeluarkan dia.. Lalu ditanya, "pernahkah kau merasa nikmat dalam hidup ini?" Dia menjawab, "tak, aku tak pernah pun ada nikmat dalam hidup nie." Hanya dengan satu celupan sahaja ke dalam neraka, manusia lupa segala kisah nikmat dalam hidupnya..

MASIHKAN KITA INGAT AKAN NIKMAT YANG ALLAH BERIKAN SELAMA INI?

Kita selalu nak bersyukur kalau kita diberi benda baru dan kita lupa bahawasanya apa yang ada pada kita ini suatu nikmat yang besar.. Satu hamba Allah, yang patah kakinya, yang dulu barangkali tak pernah teringat nikmat kaki yang setiap hari dia pijak.. Tapi apabila suatu hari dia sakit kaki, dia kata, "Ya Allah, bagilah balik kaki aku, sembuhkanlah balik." Dia tahu besarnya nikmat kaki, nikmat tangan, nikmat sihat.. Kata Hamka, "yang ada ini sudah harapan kita."  Yang kita ada nie harapan kita.. Tetapi insan, bukan salah untuk kita mengharapkan yang belum ada tetapi jangan lupa yang telah ada..

BERSYUKURLAH WAHAI DIRI INI

Sebab itu sebahagiaan para sarjana menyebut, syukur kadangkala lebih tinggi makamnya daripada sabar.. Ramai 0rang terpaksa sabar, tetapi belum tentu orang yang dapat nikmat itu bersyukur.. "Ya Allah, apa sahaja yang aku alami, daripada nikmatMu, daripada kurniaanMu, tidak ada sesiapa melainkan daripada Engkau wahai Tuhan, bagi Engkaulah pujian, bagi Engkaulah kesyukuran.. SUBHANALLAH.. Jika kamu hendak menghitung nikmat Allah, kamu tak mampu.. Jika kita lihat hidup ini secara keseluruhan, kita akan rasa MasyaAllah hidup ini apa yang Allah kurniakan kepada kita lebih dari harapan kita sebenarnya..

PESANAN NABI BUAT UMATNYA

La tahzan : Jangan bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita..