>
 photo hk_zps8a08df79.jpg photo cats_zps5ec51379.jpg

Friday 1 March 2013

Misteri Aneh & Ganjil Bukti Keagungan Allah


Fuh fuhhh *tiup habuk.. Da lame jari-jari nie tak mengedik menaip kat blog nieh.. hehe ! hye hye hye.. Korang sihat ke? :) Entri kali nie hada nak share pasal Misteri Aneh Dan Ganjil Bukti Keagungan Allah..
Misteri Aneh Dan Ganjil Bukti Keagungan Allah sebenarnya tajuk hada punya buku..


Korang pernah baca buku macam nie? Kalau pernah baca never mind.. Tapi kalau tak pernah, meh hada nak share the best part kat dalam buku niehh.. Dalam buku Misteri nie banyak perkara yang menarik, contohnya macam bukti keagungan Allah, benda-benda yang aneh & ganjil and s0 on.. Tapi yang paling hada suka dalam buku nie ialah Isyarat Dan Gerakan Ghaib Pada Anggota Dan Tubuh Badan.. 
Menurut pengalaman dan pengecaman orang tua-tua, kalau berlaku pergerakan (berdenyut-denyut) kat anggota tubuh badan kita, ia mempunyai isyarat dan alamat tertentu means sesuatu perkara dijangka akan berlaku pada diri kita and pihak-pihak tertentu yang berkaitan dengan kita.. Kes-kes camnie diamati begitu lama oleh orang tua-tua zaman dahulu sehingga ade sesetengahnya menjadikannya sebagai panduan..

But, semuanya bergantung kepada ketentuan Allah, namun kadang-kadang untuk orang yang tertentu Allah terlebih dahulu memberi isyarat bahawa akan berlaku sesuatu, cuma kadang-kadang kita tak dapat memahaminya atau Allah sengaja menyukarkan kita untuk memahaminya.. Takut-takut kita yang lemah iman nie akan mendahului takdir.. Am i right? huhu

Orang yang berakhlak dengan Allah apabila dia mendapat isyarat yang tertentu daripada Allah, dia akan merahsiakannya kerana takut seandainya dia mendahului takdir or untuk mengelak daripada rosak hatinya..

Bagi kita yang beriman, apa yang penting ialah pergantungan and keyakinan kepada Allah, setiap apa yang berlaku akan berlaku atau yang telah berlaku semuanya depends 0n penentuan takdir daripada Allah yang maha berkuasa dan maha berkehendaki..

0kay, okay.. Panjang pulak mukadimah kat atas tu.. hehe ! bukan ape, takut dikatakan syirik.. Secara ringkasnya, apa yang wajib kita tahu ialah semua yang berlaku adalah kehendak dan ketentuan Allah SWT.. :)

TANDA & ALAMAT DIBAHAGIAN KENING
Gerak kening kanan : Sukacita, sepakat & harmoni suami isteri dan rumah tangga / Bertemu orang yang dikasihi
Gerak kening kiri : Tenang fikiran, bahagia dan riang gembira / Murah rezeki / Bertemu dengan 0rang yang dicintai / Harmoni keluarga..

TANDA & ALAMAT GERAKAN DIBAHAGIAN MATA
Gerak kelopak mata : Mendapat keuntungan dalam perniagaan, berjaya dalam pekerjaan / menangis herana peristiwa menyedihkan..
Gerak kelopak mata kiri : Bertemu dengan 0rang yang dikasihi..
Gerak kelopak mata kiri bawah : Duka nestapa / menangis..
Gerak bibir mata bawah : Menangis, sedih, duka nestapa, terjadi perkara yang menyedihkan..
Gerak ekor mata kanan : Menerima tetamu dari jauh..
Gerak ekor mata kiri : Jatuh, sakit teruk..

TANDA & ALAMAT GERAKAN DIBAHAGIAN HIDUNG
Gerak hidung kanan : Bertengkar / berselisih faham..
Gerak hidung kiri : Mendapat kejayaan / tercapai segala cita-cita..
Gerak bahagian pertengahan hidung kiri : Terlepas dari segala kesusahan..
Gerak semua bahagian hidung : Senang mendapat rezeki dan mata pencarian..

TANDA & ALAMAT GERAKAN DIBAHAGIAN TANGAN
Gerak tapak tangan kiri : Mendapat rezeki berupa harta benda / kesenangan..
Gerak empat jari kanan : Beroleh harta atau barang berharga..
Gerak empat jari kiri : Dikasihi ramai orang..
Gerak telunjuk kanan : Bertemu dengan keluarga atau sahabat handai..
Gerak telunjuk kiri : Rahsia diri dan hal-hal yang sulit dalam rumahtangga serta pekerjaan akan terb0ngkar
Gerak jari manis :  Ada orang mengajak tukar cincin..
Gerak kelinking kanan : Dipuji, dihormati, dikasihi..
Gerak kelinking kiri :  Terpengaruh dengan hasutan orang jahat..
Gerak seluruh tangan kanan : Murah rezeki, untung dalam perniagaan..
Gerak seluruh tangan kiri : Bertemu dengan 0rang yang dikasihi..
Gerak lengan kanan : Sakit kepala, demam panas, kesihatan terganggu
Gerak lengan kiri : Menerima harta pusaka / menyandang jawatan baik
Gerak siku kanan : Aman tenteram, riang gembira / mendapat sentuhan cinta
Gerak siku kiri : Dikunjungi ibu bapa angkat / bertemu saudara yang jauh

TANDA & ALAMAT GERAKAN DIBAHAGIAN KAKI
Gerak paha kanan : Akan ditimpa malapetaka / jatuh sakit..
Gerak paha kiri : Sukacita / aman damai..
Gerak lutut kanan : Untung dalam perniagaan
Gerak lutut kiri : Menang pertandingan dan perbincangan..
Gerak betis kanan : Selamat dalam perjalanan / pelayaran..
Gerak betis kiri : Riang gembira dalam kehidupan
Gerak tapak kaki kanan : Kemalangan / sakit
Gerak tapak kaki kiri : Dapat kekayaan / kesenangan
Gerak empat jari kaki kanan : Mendapat berita keluarga sakit atau kemalangan
Gerak telunjuk kaki kanan : tulus ikhlas dalam semua perbuatan / banyak sahabat
Gerak telunjuk kaki kiri : Senang hati / bahagia
Gerak kelinking kaki kanan : Pakai pakaian baru
Gerak kelinking kaki kiri : Pergaduhan / permusuhan
Gerak kaki kanan : Akan berjalan jauh
Gerak kaki kiri : Akan mendapat kesusahan


That's all.. Hada sekadar berk0ngsi.. sama ade betul atau tidak, wallahualam.. :) s0, anything just k0men okay (^_~)

1 comment: