>
 photo hk_zps8a08df79.jpg photo cats_zps5ec51379.jpg

Saturday, 30 March 2013

♥♥ ketika cinta bertasbih ♥♥



:: Ketika cinta bertasbih ::

Bertuturlah cinta, mengucap satu nama
Seindah goresan sabdamu dalam kitabku
Cinta yang bertasbih, mengutus hati ini
Ku sandarkan hidup dan matiku padamu

Bisikkan doaku dalam butiran tasbih
Ku panjatkan pintaku padamu Maha Cinta
Sudah diubun-ubun cinta mengusik resah
Tak bisa ku paksa walau hatiku menjerit

Ketika cinta bertasbih nadi ku berdenyut merdu
Kembang kempis dadaku merangkai butir cinta
Garis tangan tergambar tak bisa aku menentang
Sujud syukur padamu atas segala cinta





Cinta itu suci, dan tidak menjadi kesalahan untuk kita jatuh cinta kerana ianya memang fitrah manusia.. Asalkan cinta kepada Allah itu tetap teratas.. Maka, berbahagialah kamu dengan cinta Allah ~




"Do not love the one who doesn't love Allah, if they can leave Allah, they will leave you.." - Iman Shafee'i





Ya Allah, jika aku jatuh cinta, cintakan lah aku pada ses0rang yang melabuhkan cintanya padaMu agar bertambah kekuatanku untuk mencintaiMu..

Ya Muhaimin, jika aku jatuh cinta, jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku padaMu..

Ya Allah, jika aku jatuh cinta, izinkanlah untuk aku menyentuh hati sese0rang yang hatinya tertaut padaMu agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta duniawi..

Ya Rabbana, jika aku jatuh cinta, jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling dariMu..

Ya Rabbul Izzati, jika aku jatuh cinta, rindukan lah aku pada sese0rang yang merindui syahid dijalanMu..

Ya Allah, jika aku jatuh cinta, jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku merindukan syurgaMu..

Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasihMu, janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat kepadaMu disepertiga malam terakhirMu..

Ya Allah, jika kau halalkan aku merindui kekasihMu, jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu..



Wednesday, 27 March 2013

♥ siapa malaikat itu? ♥


Perbualan se0rang bayi sebelum dilahirkan..

Adalah dikisahkan, pada ketika se0rang bayi akan dilahirkan ke dunia nyata..

*Bayi itu bertanya kepada Tuhan : "Para malaikat disini mengatakan bahawa es0p Engkau akan mengirimkan saya ke dunia, tetapi bagaimana cara saya hidup di sana? Saya begitu kecil dan lemah..

*Tuhan menjawab : "Aku telah memilih satu malaikat untukmu.. Dia akan menjaga dan mengasihimu dengan sepenuh hati.."

*Bayi bertanya lagi : "Tetapi didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah menyanyi, bermain dan tertawa.. Itu sudah cukup membuat saya berbahagia.."

*Tuhan menjawab : "Malaikatmu nanti akan menyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari.. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia disana.."

*Bayi bertanya lagi : "Bagaimana mungkin saya dapat memahami 0rang-0rang yang bercakap dengan saya sedangkan saya tidak memahami bahasa mereka.."

*Tuhan menjawab : "Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar.. Dan dengan penuh kesabaran dan perhatian, dia akan mengajarmu cara untuk berkata-kata.."

*Bayi bertanya lagi : "Apakah yang boleh saya lakukan ketika saya ingin berbicara kepadaMu?"

*Tuhan menjawab : "Malaikatmu akan mengajar bagaimana cara kamu berdoa dan bermunajat kepadaKu.."

*Bayi bertanya lagi : "Saya mendengar bahawa dibumi banyak orang jahat.. Siapa yang akan melindungi saya nanti?"

*Tuhan menjawab : "Malaikatmu lah yang akan melindungimu nanti.. Walaupun mungkin jiwa dan raga terpaksa dikorbankannya.."

*Bayi bertanya lagi : "Tapi saya pasti akan merasa sedih kerana tidak dapat melihatMu lagi.."

*Tuhan menjawab : "Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku dan akan mengajarkan bagaimana nanti kamu akan kembali juga kepadaKu, walaupun sesungguhnya Aku sentiasa disisimu.."

Pada saat itu, syurga begitu tenang dan hening sehingga suara dari bumi jelas kedengaran..

*Dan sang bayi bertanya perlahan : "Tuhan, jika saya terpaksa pergi sekarang ini, bolehkah kamu khabarkan kepadaku nama malaikat yang kamu maksudkan itu?"

*Tuhan menjawab : "Kamu akan memanggil nama malaikat kamu itu sebagai IBU.. Maka ingatlah, sentiasalah kamu berkasih sayang dengannya dan menghargai setiap pengorbanan ibumu.. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa.. Dialah satu-satunya hartamu yang tiada galang gantinya, dunia mahupun akhirat.."



Friday, 1 March 2013

Misteri Aneh & Ganjil Bukti Keagungan Allah


Fuh fuhhh *tiup habuk.. Da lame jari-jari nie tak mengedik menaip kat blog nieh.. hehe ! hye hye hye.. Korang sihat ke? :) Entri kali nie hada nak share pasal Misteri Aneh Dan Ganjil Bukti Keagungan Allah..
Misteri Aneh Dan Ganjil Bukti Keagungan Allah sebenarnya tajuk hada punya buku..


Korang pernah baca buku macam nie? Kalau pernah baca never mind.. Tapi kalau tak pernah, meh hada nak share the best part kat dalam buku niehh.. Dalam buku Misteri nie banyak perkara yang menarik, contohnya macam bukti keagungan Allah, benda-benda yang aneh & ganjil and s0 on.. Tapi yang paling hada suka dalam buku nie ialah Isyarat Dan Gerakan Ghaib Pada Anggota Dan Tubuh Badan.. 
Menurut pengalaman dan pengecaman orang tua-tua, kalau berlaku pergerakan (berdenyut-denyut) kat anggota tubuh badan kita, ia mempunyai isyarat dan alamat tertentu means sesuatu perkara dijangka akan berlaku pada diri kita and pihak-pihak tertentu yang berkaitan dengan kita.. Kes-kes camnie diamati begitu lama oleh orang tua-tua zaman dahulu sehingga ade sesetengahnya menjadikannya sebagai panduan..

But, semuanya bergantung kepada ketentuan Allah, namun kadang-kadang untuk orang yang tertentu Allah terlebih dahulu memberi isyarat bahawa akan berlaku sesuatu, cuma kadang-kadang kita tak dapat memahaminya atau Allah sengaja menyukarkan kita untuk memahaminya.. Takut-takut kita yang lemah iman nie akan mendahului takdir.. Am i right? huhu

Orang yang berakhlak dengan Allah apabila dia mendapat isyarat yang tertentu daripada Allah, dia akan merahsiakannya kerana takut seandainya dia mendahului takdir or untuk mengelak daripada rosak hatinya..

Bagi kita yang beriman, apa yang penting ialah pergantungan and keyakinan kepada Allah, setiap apa yang berlaku akan berlaku atau yang telah berlaku semuanya depends 0n penentuan takdir daripada Allah yang maha berkuasa dan maha berkehendaki..

0kay, okay.. Panjang pulak mukadimah kat atas tu.. hehe ! bukan ape, takut dikatakan syirik.. Secara ringkasnya, apa yang wajib kita tahu ialah semua yang berlaku adalah kehendak dan ketentuan Allah SWT.. :)

TANDA & ALAMAT DIBAHAGIAN KENING
Gerak kening kanan : Sukacita, sepakat & harmoni suami isteri dan rumah tangga / Bertemu orang yang dikasihi
Gerak kening kiri : Tenang fikiran, bahagia dan riang gembira / Murah rezeki / Bertemu dengan 0rang yang dicintai / Harmoni keluarga..

TANDA & ALAMAT GERAKAN DIBAHAGIAN MATA
Gerak kelopak mata : Mendapat keuntungan dalam perniagaan, berjaya dalam pekerjaan / menangis herana peristiwa menyedihkan..
Gerak kelopak mata kiri : Bertemu dengan 0rang yang dikasihi..
Gerak kelopak mata kiri bawah : Duka nestapa / menangis..
Gerak bibir mata bawah : Menangis, sedih, duka nestapa, terjadi perkara yang menyedihkan..
Gerak ekor mata kanan : Menerima tetamu dari jauh..
Gerak ekor mata kiri : Jatuh, sakit teruk..

TANDA & ALAMAT GERAKAN DIBAHAGIAN HIDUNG
Gerak hidung kanan : Bertengkar / berselisih faham..
Gerak hidung kiri : Mendapat kejayaan / tercapai segala cita-cita..
Gerak bahagian pertengahan hidung kiri : Terlepas dari segala kesusahan..
Gerak semua bahagian hidung : Senang mendapat rezeki dan mata pencarian..

TANDA & ALAMAT GERAKAN DIBAHAGIAN TANGAN
Gerak tapak tangan kiri : Mendapat rezeki berupa harta benda / kesenangan..
Gerak empat jari kanan : Beroleh harta atau barang berharga..
Gerak empat jari kiri : Dikasihi ramai orang..
Gerak telunjuk kanan : Bertemu dengan keluarga atau sahabat handai..
Gerak telunjuk kiri : Rahsia diri dan hal-hal yang sulit dalam rumahtangga serta pekerjaan akan terb0ngkar
Gerak jari manis :  Ada orang mengajak tukar cincin..
Gerak kelinking kanan : Dipuji, dihormati, dikasihi..
Gerak kelinking kiri :  Terpengaruh dengan hasutan orang jahat..
Gerak seluruh tangan kanan : Murah rezeki, untung dalam perniagaan..
Gerak seluruh tangan kiri : Bertemu dengan 0rang yang dikasihi..
Gerak lengan kanan : Sakit kepala, demam panas, kesihatan terganggu
Gerak lengan kiri : Menerima harta pusaka / menyandang jawatan baik
Gerak siku kanan : Aman tenteram, riang gembira / mendapat sentuhan cinta
Gerak siku kiri : Dikunjungi ibu bapa angkat / bertemu saudara yang jauh

TANDA & ALAMAT GERAKAN DIBAHAGIAN KAKI
Gerak paha kanan : Akan ditimpa malapetaka / jatuh sakit..
Gerak paha kiri : Sukacita / aman damai..
Gerak lutut kanan : Untung dalam perniagaan
Gerak lutut kiri : Menang pertandingan dan perbincangan..
Gerak betis kanan : Selamat dalam perjalanan / pelayaran..
Gerak betis kiri : Riang gembira dalam kehidupan
Gerak tapak kaki kanan : Kemalangan / sakit
Gerak tapak kaki kiri : Dapat kekayaan / kesenangan
Gerak empat jari kaki kanan : Mendapat berita keluarga sakit atau kemalangan
Gerak telunjuk kaki kanan : tulus ikhlas dalam semua perbuatan / banyak sahabat
Gerak telunjuk kaki kiri : Senang hati / bahagia
Gerak kelinking kaki kanan : Pakai pakaian baru
Gerak kelinking kaki kiri : Pergaduhan / permusuhan
Gerak kaki kanan : Akan berjalan jauh
Gerak kaki kiri : Akan mendapat kesusahan


That's all.. Hada sekadar berk0ngsi.. sama ade betul atau tidak, wallahualam.. :) s0, anything just k0men okay (^_~)

Sunday, 17 February 2013

♥ :: keistimewaan wanita ♥♥ ~

Kali nie nak kongsi-kongsi keistimewaan wanita yang maybe korang tak tahu.. kalau da tahu, shhhhhh senyap-senyap je taw :-P article nie hada jumpa dalam majalah.. rasa tertarik pulak nak share dalam blog nie, so hada pun updates laa.. hee xD


Dunia adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita solehah..

Setiap wanita mesti ada nie :
  ~ PMR
Pemaaf, Mentaati perintah Allah, Redha & rendah diri
~ SPM
Solehah, Penyabar, Mencintai ilmu
~ STPM
Setia, Tetap pendirian, Menghormati orang lain
~ DIPLOMA
Disiplin, Ikhlas, Pandai apa-apa, Organize, Memahami, amanah
~ IJAZAH
Iniasiatif, Jujur, Ambil tahu, Zuhud, Akalnya matang, Husnu dzan
~ SARJANA
Sabar, Amarahnya kurang, Realistik, Janji ditepati, Akhlaknya baik, Nakal(dengan suaminya kot), Agamawan(faham asas-asas agama)
~ PHD
Pemurah, Hasanah(baik), Dididik & mendidik

Keistimewaan wanita dalam islam :~

Dialog diantara seorang lelaki barat kepada seorang lelaki muslim..

Lelaki barat : Mengapa wanita agama kamu menutup aurat?

Lelaki muslim : Tersenyum sambil mengeluarkan 2 biji gula-gula dari dalam koceknya. Lalu salah satu darinya dibukakan bungkusannya. Kemudian dia melempar kedua gula-gula itu ke atas lantai. Lalu bertanya kepada lelaki barat tadi, 'antara kedua-duanya, mana satu yang akan kamu pilih?'.

Lelaki barat : Sudah tentulah yang masih dalam bungkusan.

Lelaki muslim : Begitulah kami melihat dan mengh0rmati kaum wanita agar mereka lebih terpelihara dan istimewa..



Cantiknya wanita kerana kejernihan wajah.. Manisnya wanita kerana senyumannya yang indah.. Agungnya wanita kerana kesederhanaan lahiriah.. Hebatnya wanita kerana keimanan dan ketaqwaan yang teguh.. Hiasi lah peribadimu dengan akhlak terpuji.. Nilai diri se0rang muslimah sejati.. :)

Lembut wanita kerana senyumannya..
Cekal wanita kerana beraninya..
Patuh wanita kerana kesetiaannya..
Sabar wanita kerana imannya..
Kasih wanita kerana belaiannya..
Lemah wanita kerana air matanya..
Ikhlas wanita kerana simpatinya..
Pendam wanita kerana cemburunya..
Sayang wanita kerana sifat keibuannya..
Tanpa wanita lelaki menjadi lemah..
Kerana wanita jugalah lelaki menjadi kalah..


Moga-moga kita semua dilindungi oleh rahmatNya.. Insyaallah :)

Wednesday, 13 February 2013

2013 : tahun aku diuji


Jika kau merasa kecewa, pandanglah ke sungai..
Airnya mengalir biarpun berjuta batu menghalangi.
Jika kau  merasa sedih, pandanglah wajahmu di depan cermin.
kau akan sedar bahawa begitu banyak nikmat yang Allah berikan padamu..

Permulaan tahun 2013, tahun yang agak mencabar untuk aku.. Allah menguji aku dengan pelbagai dugaan.. kadang-kadang aku terfikir, kenape mesti aku yang melalui semua nie? knape? tapi berbekalkan kekuatan yang ada, aku tabah dan cekal.. aku cuba perfikiran p0sitive, tiada duka yang abadi didunia.. Allah menguji sebab Allah sayangkan hambanya.. Allah tak akan membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya :')
Allah menduga hati dan perasaan aku, Allah menguji aku dengan perasaan kecewa.. kita tak pernah jangka ape yang Allah dah aturkan untuk kita.. sabar dan redha, itu yang terbaik.. belum pun reda dengan perasaan kecewa, Allah menduga lagi dengan berita yang menyedihkan.. abah aku kemalangan, sedihnya hanya tuhan yang tahu.. sedih + bimbang + takut, semua ada dalam diri aku.. aku tak sanggup kehilangan abah sebab aku dan keluarga masih memerlukan dia.. aku hanya mampu berdoa dalam sujud m0hon sem0ga disembuhkan abah aku.. hati aku remuk bila melihat mak aku menangis bimbangkan abah.. Alhamdulillah, hari demi hari berlalu, berkat doa, abah akhirnya sembuh.. aku bersyukur kerana masih mampu melihat senyuman abah.. :) selagi kita bergantung kepada Allah, kita tak akan jumpa dengan perasaan kecewa dalam hidup kita.. yang penting yakin :D
Setiap masalah yang datang, bukanlah untuk menjatuhkan kita, tetapi untuk menguji seberapa tabahnya kita untuk bertahan menghadapinya.. Allah kan ada :')


Put Allah first, and y0u'll never be last :)
Always remember that Allah always listen when everybody else w0n't because every day Allah thinks of y0u, every hour Allah looks after y0u, every minute Allah cares for y0u, because every sec0nd Allah loves y0u :')


Jangan bersedih dan bersabarlah, Allah beri kita ujian untuk melayakkan kita menjadi hambaNya yang sebenar..


Setiap air mata yang kita titiskan kerana ditimpa musibah, akan digantikan oleh Allah dengan pahala dan kebahagiaan yang lebih besar, asalkan kita bersabar dan tawakal menerima yang telah menjadi kehendak-Nya
Kita bangun setiap pagi dengan harapan hari itu akan menjadi lebih baik dari semalam.. tetapi kemudian Allah menguji lagi.. kita pun kecewa, dan harapan kita seolah-olah hilang.. jangan sedih.. selagi kita masih bernafas hari itu, selagi itu lah masih ade peluang untuk memperbetulkan keadaan.. yang penting, jangan sesekali putus asa dengan kasih sayang dan rahmat Allah :)




# ratu hatiku ~ ibu ♥ ♥



Pergorbanan "MAMA" terlalu besar. Kesabaran "UMI" terlalu tinggi. Kasih sayang "MAK" terlalu tulus. Kewujudan "IBU" terlalu bermakna



itu ibu saya, saya sayang dia :')
dialah 0rang yang melahirkan saya, yang membesarkan saya, yang selalu sabar dengan sikap dan rengekkan saya xD
Allah bagi kita ibu, ibulah yang pertama yang memeluk kita, ibulah juga orang pertama yang gembira bila melihat perkembangan kita. semua ibu sanggup meng0rbankan ape sahaja demi anak-anak tercinta. semua ibu inginkan yang terbaik tuk anak-anaknya. termasuk jugak ibu saya. ibu saya baik, tapi dia tegas, dan kadang-kadang dia sp0rting.. kalau time dia sp0rting, semua benda dia k0ngsi dengan saya sebab saya pendengar yang setia.. cewahhh ! tambah-tambah lagi cerita zaman dia muda-muda.. hehe ! macam-macam cerita ade, yang menarik sekali cerita pasal macam mane dia b0leh jumpa dengan abah saya, merangkap suami dia sekarang.. hahaha. kadang-kadang ibu saya kuat membebel =,=" tapi saya tak kisah sebab rase macam tak lengkap pulak hidup nie kalau tak dengar suara ibu saya dalam sehari.. xD hihi.
takkan ade orang lain yang dapat menggantikan tempat se0rang ibu didunia..




perg0rbanan ibu terlalu besar, jasa se0rang ibu tiade harganya. kasih ibu amat bernilai. :)
Setitik air mata yang tumpah dari perbuatanmu samalah pedihnya seperti sebutir peluru yang menembusi didadamu :'D
syurga dibawah telapak kaki ibu



dear Zainab Bt Husin, i l0ve y0u mum.. mmuahhhh :-* hee


Tuesday, 12 February 2013

yang tertutup itu indah :')


chackkk !~ hee



semua wanita ciptaan Allah itu cantik, jika tidak manakan wanita menjadi senjata iblis melemahkan kaum lelaki.. but, kecantikkan yang Allah kurniakan sebenarnya hak ekslusif seorang wanita dengan suaminya aje :D c0vering aurat is the best. yeaahh !~ hihi..
wahai wanita, tutup lah aurat mu sebaik mungkin kerana sesungguhnya yang tertutup itu indah dan yang tertutup itu juga mahal harganya.. hijabkan dirimu sebaik mungkin ye sayangg :)



jaga lah aurat mu wahai wanita.. 
# peace.. :D